Isnin, 14 Mac 2011

CONTOH SURAT KEPADA MAJIKAN



Tarikh            :           10 Mac 2011
Surat Kami    :           500-FSSR (HEP 14/3/4)


Pengarah Negeri
Tourism Malaysia Pahang
Lot G-01, Mahkota Square, Jalan Mahkota,
25000 Kuantan
PAHANG
U/P: EN. AMRAN BIN ABD RAHMAN



Y. Bhg. Dato’ / Datin/ Tuan/Puan

LATIHAN AMALI PELAJAR PROGRAM (JABATAN FOTOGRAFI & PENGIMEJAN KREATIF) FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA SELAMA 2 BULAN
( 02 MEI 2011 HINGGA 03 JULAI 2011)


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa latihan amali merupakan sebahagian daripada keperluan akademik pelajar-pelajar FSSR, UiTM. Pendedahan melalui latihan amali membolehkan mereka merasa dan mengalami situasi serta suasana bekerja sebenar justeru berkebolehan dari segi akademik dan profesionalisma.

Oleh itu, sukacita sekiranya organisasi tuan dapat membantu UiTM untuk mencapai matlamat tersebut dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka untuk menjalani latihan amali di organisasi tuan selama 2 bulan dari      02 Mei 2011 hingga 03 Julai 2011.

Untuk makluman tuan, pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan amali ini adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir. Bersama ini disertakan lampiran butiran pelajar-pelajar yang terlibat untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekiranya dipersetujui diharap pihak tuan dapat memberi pengesahan rasmi dengan mengembalikan borang jawapan seperti yang dilampirkan. Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang benar

PROF. MADYA DR. MOHAMAD HARIRI HJ ABDULLAH
Timbalan Dekan (Kualiti dan Penyelidikan Jaringan Industri)

disertakan…



Tarikh             :                      
Surat kami     :           500-FSSR (HEP 14/3/4)   
Surat Tuan     :          








Tuan

LATIHAN AMALI PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA FOTOGRAFI & PENGIMEJAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN, FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kami bersetuju/tidak bersetuju menempatkan (1  )   orang pelajar menjalani latihan amali.




Bil.       Nama Pelajar                                  K/P Persekutuan                  K/P UiTM

1.         FARAH HABIBAH BINTI MUSTAFA  881231-06-5454                     2008730539










Sekian, terima kasih.

Tandatangan           :           …………………………………………………….

Nama                        :           ……………………………………………………


(Cop Jabatan/Organisasi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan