Rabu, 27 April 2011

BUKU LOG DAN BORANG PENILAIAN MAJIKAN

Para pelajar yang di kasihi. sila ambil perhatian sewajarnya.
Selamat menjalani latihan praktikal.
Sila ambil buku log anda bersama dengan borang penilaian majikan dari pejabat FSSR tingkat 4.
Untuk urusan tersebut sila berurusan dengan Puan Awin.

Buku Log  adalah penting untuk tujuan laporan harian. Kegagalan anda untuk mengisi laporan kerja harian akan memberi kesan kepada markah keseluruhan praktikal.

Borang penilaian adalah untuk di isi oleh pegawai yang menyelia anda semasa praktikal. Markah yang telah diisi oleh majikan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada pelajar. Jika terdapat kebocoran rahsia  yang mana pelajar tahu akan markah yang di perolehi, Pihak FSSR tidak akan teragak untuk menarik balik markah tersebut.

Mohon pelajar dapat mengarahkan majikan untuk "seal" kan borang penilaian dalam sampul surat.
Borang boleh di pos  atau di serahkan kepada penyelaras praktikal di akhir tempoh masa praktikal.

Sila pastikan anda mengikuti arahan ini.

harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan